Monday, October 24, 2011

Jodoh ditangan Tuhan ..

Teringat balik time aku down gile bapak dulu. Hee. Aku kehilangan orang yang aku sayang kedua kalinya setelah aku tahu si dia curang! Hukhuk. First, memang payah nak terima hakikat tu sebab dia dah buat aku sayangkan dia tapi dia boleh blahh cam tu je. Memang aku tak boleh terima sampai berkurung dalam bilik dua minggu. Aku langsung tak makan. Then aku ade telan pil anti-depress. Oppss, pengakuan yang bahaye n mengantoikan. Huhu. Memang kurus gile la. Tak lalu makan langsung. Ibu aku pulak tegur nape muka aku cengkung cm org sakit. Huhu. Yang aku buat, mengadap lappy je 24 jam menanges nanges dlm bilik tengok FB jantan tu! huh. Sakit aty la kan tengok dy mesra mesra ngan perempuan lain. Mandi dlm bilik air pun boleh nanges. Duhai. Allah jela tahu perasaan aku mase tu. Serius, ayat lelaki memang tak boleh pakai. Nak manis je. Hopefully, bende ni tak akan jadi lagi dalam hidup aku. Aku tak sanggup nak hadap lagi. Biarlah buat mase ni aku hidup tanpa peneman. Daripada aku terseksa cam dulu lagi. Huhu. Ingat laa, hidup ni ibarat roda. Sekali awak mainkan perasaan orang lain, awak akan kena balik. Lambat ke cepat ke awak akan kena jugak. Pilih pasangan bukan sebab paras rupa tapi pilih lah sebab hati yang suci sayangkan kita and dia tak akan pandang orang lain dah . Orang zaman sekarang ni pantang cket tengok ade yang cantik or yang hensem cket da mula berubah hati. ( Lagi-lagi yang baru masuk study kat tempat baru tu). Huhu. Tak kira lah, perempuan ngn laki same je. Bila Lelaki dah setia, Si perempuan ni pulak yang mengatal. Bile Perempuan dah setia, Lelaki pulak buat hal. Haha. Jangan pernah menyesal jika pernah dikecewakan sebab Allah nak tunjuk kita dah tersalah mencintai orang tu. So, aku bersyukur penah rasa pengalaman ni even pahit tahap kritikal. Tapi ade hikmah disebaliknyaa. kan kan? Hikhik. Semoga aku diketemukan dengan ssorg (nak lebih boleh? HAHA. Guraw je) lelaki yang boleh menerima aku seadanya sampai kulit aku kedot kerepot nanti. Hihi. Amin Ya Rabbal Alamin

Da lame tak inteprem muke buwok ni. Hakhak.
Budak UTeM la ni.
Kakaka :D



Bilik Hijau ku yang menyimpan pelbagai rahsie :)
Buwok buwok pun aku sayang. Hihi.
Buwok sebab adek-adek aku dah letak mainan-mainan dorang dalam bilik aku mase aku takde. Grrr ! Jage jage la aku balik cuti ni :D


Sunday, October 23, 2011

Sampainya hati..




Tak sampai hati nak tengok sampai habis. Sedih sangat-sangat. Kalau kite yang tengok ni dah sedih menangis nangis ape tah lagi parents budak tu kan. Tak sangka manusia zaman sekarang ni memang dah takde perikemanusiaan langsung ! Memang totally takde lah. Akal ade tak guna ! Binatang yang takde akal pun tak seteruk kau la! Manusia jenis ape ni pun aku tak tw la. Sanggup wat budak yg tak tw pape tu mcm tu. Semoga dapat balasan yg setimpal la !
BENCI KAU LA HODOB!



Semua ni kejam sangat-sangat ! :'(












Semoga Allah mencucuri rahmat keatasmu.
Selamat Jalan ke Syurga...


Tuesday, October 18, 2011

The best way


You make me sick. I really want you and I'm fucking hating it. I just need to get a grip... Everything you say stings me, it burns like a million cuts. I hate the fact that I know you and I hate that we were once together. Sometimes I hate you so much that I begin to hate myself and blame myself for the shit you did. I know I sound like a bitch but don't blame me, I know it's all your fault. It sickens me to hear about you and hear you talk. I can't even stand your face anymore, it use to be the only thing I ever wanted to see. I want to cut all the strings with you and I want to erase all of our memories. Seeing you slowly strangles me from within and this hatred for you constantly crawls beneath my skin. I need you to just leave me alone because, honestly, you just make me sick.




Monday, October 17, 2011

Cinta Tidak Dihargai..


1) TIDAK TAHU APAKAH MAKNANYA CINTA.
Ada juga yang ingin bercinta tetapi tidak tahu apakah maknanya sebuah percintaan. Selidiki dahulu adakah kamu benar-benar memahami konsep cinta atau pun kamu perlu mempelajari makna disebalik cinta dahulu.

2) TIDAK TAHU MENGHARGAI NILAI SEBUAH CINTA
Bukan semua orang yang tahu menghargai nilai sebuah cinta. Cinta sering dianggap sebagai bahan kajian sama ada kita boleh melaluinya atau pun tidak. Jangan memperlekehkan perasaan cinta, kelak ia akan membakar diri sendiri.

3) HANYA SEKADAR SUKA-SUKA
Suka-suka untuk bercinta sering terjadi pada individu yang suka bertukar-tukar pasangan. Jika suka,si dia akan mendekati dirimu. Bila sudah jemu, mulalah timbul perasaan benci lalu si dia menjauhi dirimu. Mengapa? Tiada cinta!

4) TERPENGARUH
Terpengaruh dengan janji-janji manis si dia dan begitu mudah menyerahkan cinta bukanlah satu perkara yang boleh dianggap lewa. Hanya kerana terpengaruh, kamu menyerahkan cinta pada si dia tanpa terfikir, adakah benar kamu menyintai dirinya.

5) TEMAN KESUNYIAN.
Sering kali seseorang individu yang kesunyian setelah putus cinta akan lekas mencari pengganti. Sukar untuk hidup sendiri, bosan dan sentiasa mahukan teman membuatkan seseorang mudah meraih cinta. Cinta seperti ini bukan mudah untuk bertahan lama kerana tidak mengenali si dia dalam jangka masa lama dan terus mengikat janji. Kesudahannya, kamu juga yang menyesal kerana tersalah pilih.

6) SAINGAN ORANG LAIN
Semata-mata mahu menyaingi orang lain terutamanya teman-teman rapat, si dia ingin sekali mencari kekasih. Bila sudah ada kekasih, bolehlah menunjuk-nunjuk saham si dia juga laku. Adalah ‘point’ si dia untuk berkata, “Hei! Aku dah ada makwe/pakwe tau!”, pada teman-teman.

7) BERPURA-PURA.
Berpura-pura menyayangi kamu atas dasar simpati, tekanan diri keluarga atau pun ingin mempergunakan kamu untuk kepentingan dirinya. Contohnya,si dia mendampingi kamu kerana wang dan paras rupanya yang jelita atau pun keluarga yang ingin menyatukan si dia dengan kamu membuatkan si dia terpaksa berpura-pura menerima si kamu. HIPOKRIT!

8) SUDAH JUMPA PEREMPUAN LAIN YANG DIANGGAP LEBIH 'OKEY' DARI KAMU
Pasti sakit apabila melihat orang yang kamu sayang sedang bahagia dengan perempuan lain. Sakit bukan? :'( Hanya boleh mendoakan kebahagiaan mereka. Aku rela undurkan diri daripada diduakan. Tiada dendam. Semoga bahagia sayangku :'(






Tuesday, October 4, 2011

Meningioma = Ketumbuhan / Tumor Otak


HANYA MAMPU BERDOA
KUATKAN LAH HAMBAMU INI YA ALLAH