Wednesday, August 24, 2011

Dizzy


Hye, lame dah tak update blog. Tak tahu nak update mende. Bahan ada tapi tulah malas punya pasal pun tak jadi apa. Penat ler buat kuih manjang. Haha takpe mood raya tinggi event dapat raya 5 hari je. Ahaii layan lah.

Okay, nak cite kenapa tetibe aku dapat Universiti Teknikal Malaysia, Melaka. Ramai yang tanya kenapa aku boleh dapat universiti lain sedangkan asalnya aku dapat UITM Shah Alam.
First, mase keputusan semakan ke ipta untuk STPM/ SETARAF memang aku dapat UITM Shah Alam. So, aku ingat memang dah konfem la aku dapat situu. Suka jugak la dalam hati coz dapat Shah Alam. hehe. bersyukur. Then aku tak terus print pun surat tawaran tu. Aku kan suka wat kerja last minute. hihi. Jangan contohi perangai buruk ni. Kan dah susah :D

Then selang berbelas hari camtu, ayah aku dah mula mintak surat tawaran tu. Dia nak tengok senarai yuran segala kan. Aku pun dengan semangatnya print la segalanya.
Lepas dah print semuaaa, aku bagi la kat ayah. Then tetibaa aku terperasan kat surat tawaran tu macam ade tulis "machang, kelantan"
ohhh may GOD, sumpah tekejot berok aku. Aku dipindahkan ke UITM Machang tanpa diberitahu. What the.. Confirm la aku tak pegi kalau jaoh sampai ke kelantan ni. Kos pun dia bagi yang aku tak minat langsung! Kematu la buntut aku duk dalam bas kalau nak balik JB. Mase tu memang jerit kuat-kuat la tanak, nangis nangis cket. hukhuk. ciooot je. Tanpa membuang masa, ceywahh, aku teross call UPU. Tanya kenapa sesuke aty jek nak men campak-campak orang ni. Then pihak UPU tu mintaa maaf. Dy akan call aku beberapa hari lagi. Huh, tahap gaban la aku risau mase tu. mane tak nyeee. Penting gile tu pelajaran bagi aku ! untuk masa depan aku gak.
Then esoknyaa time aku tengah berpeluh-peluh sapu rumah ni, Pengarah UTeM call. Aku ditawarkan ke situu pulak dah. Pe lagi amek laaa. Hee. Memang bersyukur gilaa la. Sekelip mata je Allah kabulkan doa aku. Betapa berkatnya bulan ramadan ni. Now memang dah tak sabar la nak jadi warga UTeM. hihi. Dekat tu ngan JB. Boleh ler bawak kete ke Melaka pasni. HAHA. ALHAMDULILLAH.


p.s : sorry takde gambar yang menarik. huhu