Saturday, August 6, 2011

Deep Inside



Malam ini aku ingin luahkan segala yang ku pendam.
dalam meneruskan nafas kurniaan Tuhan,
aku merasakan hidup itu ada magisnya,
aku tersentap!
berkali-kali aku rasa hati aku seperti direntap! dikoyakkan dan diguris !
bukan salah siapa-siapa.
itulah Qada dan Qadar Tuhan.
itulah pinjaman Tuhan.

semua orang mengejar yang terbaik dan indah-indah.
dalam pencarian itu,
ntah berapa kali aku merasakan gelisah yang agak berpanjangan,
sehingga aku rasa ntah aku mampu ntah tak.
kadang-kadang bergegar dan bergoncang kepala otakku ni nak berfikir.
sehinggakan darah mengalir daripada hidungku.
dan tak terkira berapa kali aku ditikam dan dihentam di depan dan di blakang.
semuanya aku pendam.
pendam dan telan sendirian.
terkapai-kapai aku dalam kelemasan.
lemas!
tak mampu bernafas!
aku mula rimas!

takkan aku nak biarkan hari-hariku berlalu begini?
takkan aku nak berterusan begini?
aku bukan makin kecil.
aku semakin dewasa dan berakal.
siang malam aku berusaha mencari-cari jawapan kepada sebuah kehidupan.
takkan nak mengalah macam bodoh.
Allah tak menciptakan aku sebagai sampah!
pasti ada sebuah pelajaran terhebat dpd Allah yang Maha Agung!

Milik siapa nafas, hati dan diri ini?
aku tak ada jawapan..
sekuat dan sederas mana pun aku mengungkapkan cinta…
Jodoh tetap rahsia tersirat kurniaan Allah…
aku kadang-kadang takut untuk menerima takdir dan hakikat..
tetapi,
ini yang harus aku lalui.
ini yang harus aku redahi.

ya!
orang bebas mengatur kata dan nista pada diri ini.
bebas melentur cacian dan hinaan.
tapi, aku yang melalui semua nya.
kalau di pihak dia terluka.
macam aku tidak ada rasa?
aku bukan lah raja ilmu yang layak menghukum dan mengucap kata.
tetapi, hati aku ini menderita mencintai dia.
aku melepaskan dengan hati yang berat.
aku tak kisah apa yang akan aku tempuhi selepas ini.

aku hanya mengharap ingin mengakhiri hidup dengan hati yang kuat dan tabah.
janganlah kalian menilai cinta aku.
sedangkan aku sendiri tak tau dan tak kenal lagi pada cinta.
sedangkan aku sendiri berkali-kali menangisi dan meraung kerana cinta.
aku belajar satu perkara selepas aku tinggalkan dia.
Allah berkuasa membolak balikkan hati hamba-hambanya.

sepanjang aku mencintai dia,
aku bukan belajar menjadi syaitan perosak dunia.
aku belajar menjadi orang berguna.
bukan jodoh untuk ke jinjang pelamin.
bukan jodoh untuk ke syurga bersama.
semua ini tak muda.
tapi, ini suratan dan takdir daripada tuhan.
aku renungi gambar dia.
aku baca sms-sms nya.
namun, pedihnya aku yang rasa.
bukan mudah…

apa yang aku boleh ungkapkan,
kenangkan aku dalam doamu.
doakan kebahagiaan aku.
apakan daya, aku tak terdaya meneruskan semua ini.
aku mendoakan agar kau bahagia.
Allah tak kejam pada penciptaannya.

mari kita terus berfikir dan bersyukur dengan nyawa kurniaan tuhan.
selagi bernafas, teruskan hidup dengan penuh semangat dan gigih dan tabah.
ini sebuah hakikat.
tak semestinya kita akan berkahwin dengan orang yang kita cinta.
melupakan cinta juga adalah perkara mustahil untuk dilakukan.
ingatlah, hidup ini kurniaan tuhan untuk dinikmati dan dihayati.
aku akan membuang semua memori lalu,
demi meneruskan hidup masa sekarang.

Aku menangis selautan untuk membolehkan aku tersenyum sekarang ni.
aku akan teruskan hidup dengan hati yang ikhlas dan penuh kejujuran.
semua ini ada hikmahnya.
aku akan melakukan yang terbaik!
Ya Allah,
bantulah perjuangan ini.
aku ingin berpaling daripada dosa-dosa lalu.
aku ingin menjadi yang lebih baik.