Saturday, August 27, 2011

Saat mengeledah bilik




Malam semalam dah start geledah bilik coz hari ni adelah hari terakhir aku stay kat rumah before melangkah ke UTeM. Homesick tu pasti laa kan. Takpe, dekat jela. Melaka je kot. Tak macam dulu dah kat pahang. Alhamdulillah. Hee. Malam ni akan bertolak ke kelantan. Balik kampung :D Kene balik jugak coz paksuu nak kawin. buek. Dah jadi laki orang. hee
Kat kelantan dalam seminggu then 4hb september teruss daftar kat UTeM. Hemmm, tak puas lagi la cuti. Terpakse hadap orentasi lagi ( MDS ). Memang memenatkan laa. Takpe, seminggu je kot. Positive sudah -.-''

Okay, sambung yang pasal geledah bilik tadi tu. Mase tengah fokus kemas-kemas, geledah-geledah barang yang aku kumpul dari tadika dulu sampai sekarang, tetibe terjumpe sumting yang wat nak nanges. hikhik. nanges la cangat :D

Surat cintee dy mase kat sekolah dulu. Dia suruh aku simpan. Kenapa tak suruh buang je?


Ayat melayan! nyampah! First time jumpe pompn miang gune surat cmni. Tak payah susah-susah nak bace. Saje kaburkan :P

Dia punya gak

Baju ert dy ni pon dy soh simpan. Mang harum ler baunye. huhuii


Yang ni lain pulak citernyer. Ternyata ex dy masih berdendam dengan aku. haii, pelik la perangai manusia sekarang. Dia edit gambar then tunjuk kat aku. Mati-mati ingat real. holyshit !


Dye cut gambar aku yang hodoh ni. pfffttt! ni mase mula-mula date dulu. Da bezaman la gambar ni. Mane dy curik aku pon ngak tahu. haihh reena reena. ihy!


p.s : Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

Wednesday, August 24, 2011

Dizzy


Hye, lame dah tak update blog. Tak tahu nak update mende. Bahan ada tapi tulah malas punya pasal pun tak jadi apa. Penat ler buat kuih manjang. Haha takpe mood raya tinggi event dapat raya 5 hari je. Ahaii layan lah.

Okay, nak cite kenapa tetibe aku dapat Universiti Teknikal Malaysia, Melaka. Ramai yang tanya kenapa aku boleh dapat universiti lain sedangkan asalnya aku dapat UITM Shah Alam.
First, mase keputusan semakan ke ipta untuk STPM/ SETARAF memang aku dapat UITM Shah Alam. So, aku ingat memang dah konfem la aku dapat situu. Suka jugak la dalam hati coz dapat Shah Alam. hehe. bersyukur. Then aku tak terus print pun surat tawaran tu. Aku kan suka wat kerja last minute. hihi. Jangan contohi perangai buruk ni. Kan dah susah :D

Then selang berbelas hari camtu, ayah aku dah mula mintak surat tawaran tu. Dia nak tengok senarai yuran segala kan. Aku pun dengan semangatnya print la segalanya.
Lepas dah print semuaaa, aku bagi la kat ayah. Then tetibaa aku terperasan kat surat tawaran tu macam ade tulis "machang, kelantan"
ohhh may GOD, sumpah tekejot berok aku. Aku dipindahkan ke UITM Machang tanpa diberitahu. What the.. Confirm la aku tak pegi kalau jaoh sampai ke kelantan ni. Kos pun dia bagi yang aku tak minat langsung! Kematu la buntut aku duk dalam bas kalau nak balik JB. Mase tu memang jerit kuat-kuat la tanak, nangis nangis cket. hukhuk. ciooot je. Tanpa membuang masa, ceywahh, aku teross call UPU. Tanya kenapa sesuke aty jek nak men campak-campak orang ni. Then pihak UPU tu mintaa maaf. Dy akan call aku beberapa hari lagi. Huh, tahap gaban la aku risau mase tu. mane tak nyeee. Penting gile tu pelajaran bagi aku ! untuk masa depan aku gak.
Then esoknyaa time aku tengah berpeluh-peluh sapu rumah ni, Pengarah UTeM call. Aku ditawarkan ke situu pulak dah. Pe lagi amek laaa. Hee. Memang bersyukur gilaa la. Sekelip mata je Allah kabulkan doa aku. Betapa berkatnya bulan ramadan ni. Now memang dah tak sabar la nak jadi warga UTeM. hihi. Dekat tu ngan JB. Boleh ler bawak kete ke Melaka pasni. HAHA. ALHAMDULILLAH.


p.s : sorry takde gambar yang menarik. huhu

Monday, August 15, 2011





AKU RASA AKU DAH TAK BERGUNA
maaf seribu maaf



Saturday, August 6, 2011

Deep Inside



Malam ini aku ingin luahkan segala yang ku pendam.
dalam meneruskan nafas kurniaan Tuhan,
aku merasakan hidup itu ada magisnya,
aku tersentap!
berkali-kali aku rasa hati aku seperti direntap! dikoyakkan dan diguris !
bukan salah siapa-siapa.
itulah Qada dan Qadar Tuhan.
itulah pinjaman Tuhan.

semua orang mengejar yang terbaik dan indah-indah.
dalam pencarian itu,
ntah berapa kali aku merasakan gelisah yang agak berpanjangan,
sehingga aku rasa ntah aku mampu ntah tak.
kadang-kadang bergegar dan bergoncang kepala otakku ni nak berfikir.
sehinggakan darah mengalir daripada hidungku.
dan tak terkira berapa kali aku ditikam dan dihentam di depan dan di blakang.
semuanya aku pendam.
pendam dan telan sendirian.
terkapai-kapai aku dalam kelemasan.
lemas!
tak mampu bernafas!
aku mula rimas!

takkan aku nak biarkan hari-hariku berlalu begini?
takkan aku nak berterusan begini?
aku bukan makin kecil.
aku semakin dewasa dan berakal.
siang malam aku berusaha mencari-cari jawapan kepada sebuah kehidupan.
takkan nak mengalah macam bodoh.
Allah tak menciptakan aku sebagai sampah!
pasti ada sebuah pelajaran terhebat dpd Allah yang Maha Agung!

Milik siapa nafas, hati dan diri ini?
aku tak ada jawapan..
sekuat dan sederas mana pun aku mengungkapkan cinta…
Jodoh tetap rahsia tersirat kurniaan Allah…
aku kadang-kadang takut untuk menerima takdir dan hakikat..
tetapi,
ini yang harus aku lalui.
ini yang harus aku redahi.

ya!
orang bebas mengatur kata dan nista pada diri ini.
bebas melentur cacian dan hinaan.
tapi, aku yang melalui semua nya.
kalau di pihak dia terluka.
macam aku tidak ada rasa?
aku bukan lah raja ilmu yang layak menghukum dan mengucap kata.
tetapi, hati aku ini menderita mencintai dia.
aku melepaskan dengan hati yang berat.
aku tak kisah apa yang akan aku tempuhi selepas ini.

aku hanya mengharap ingin mengakhiri hidup dengan hati yang kuat dan tabah.
janganlah kalian menilai cinta aku.
sedangkan aku sendiri tak tau dan tak kenal lagi pada cinta.
sedangkan aku sendiri berkali-kali menangisi dan meraung kerana cinta.
aku belajar satu perkara selepas aku tinggalkan dia.
Allah berkuasa membolak balikkan hati hamba-hambanya.

sepanjang aku mencintai dia,
aku bukan belajar menjadi syaitan perosak dunia.
aku belajar menjadi orang berguna.
bukan jodoh untuk ke jinjang pelamin.
bukan jodoh untuk ke syurga bersama.
semua ini tak muda.
tapi, ini suratan dan takdir daripada tuhan.
aku renungi gambar dia.
aku baca sms-sms nya.
namun, pedihnya aku yang rasa.
bukan mudah…

apa yang aku boleh ungkapkan,
kenangkan aku dalam doamu.
doakan kebahagiaan aku.
apakan daya, aku tak terdaya meneruskan semua ini.
aku mendoakan agar kau bahagia.
Allah tak kejam pada penciptaannya.

mari kita terus berfikir dan bersyukur dengan nyawa kurniaan tuhan.
selagi bernafas, teruskan hidup dengan penuh semangat dan gigih dan tabah.
ini sebuah hakikat.
tak semestinya kita akan berkahwin dengan orang yang kita cinta.
melupakan cinta juga adalah perkara mustahil untuk dilakukan.
ingatlah, hidup ini kurniaan tuhan untuk dinikmati dan dihayati.
aku akan membuang semua memori lalu,
demi meneruskan hidup masa sekarang.

Aku menangis selautan untuk membolehkan aku tersenyum sekarang ni.
aku akan teruskan hidup dengan hati yang ikhlas dan penuh kejujuran.
semua ini ada hikmahnya.
aku akan melakukan yang terbaik!
Ya Allah,
bantulah perjuangan ini.
aku ingin berpaling daripada dosa-dosa lalu.
aku ingin menjadi yang lebih baik.


Wednesday, August 3, 2011

Awak..






Kalau ada jodoh, kita jumpa lagi :')







Tuesday, August 2, 2011

End



Pernah memutuskan hubungan dengan teman anda dan memberikan alasan? Atau korg jenis yang blah mcm tu je? Tak baik taw. Jelaskan kenapa korg nk end up kan relationship tu. Tp kalau lelaki atau perempuan tu jenis yg takkan faham bahasa, mungkin ada alasan yg tak masuk akal utk korg ucapkan pada pihak yang satu lagi.


Alasan : I xseswai utk u. Mungkin u akan jmpe someone better
Maksud sebenar : u yg xseswai utk i. I layak dapat someone better!

Alasan : kita terlalu banyak persamaan yang mungkin akan memburukkan keadaan
Maksud sebenar : anda membosankan! APA PUN TAK BOLEH

Alasan : i x ready nk bg komitmen
Maksud sebenar : i dont think this is the commitment that im looking for

Alasan : saya sayang awk mcm saya syg kwn2 saya. Tak lebih dr itu
Maksud sebenar : tak terlintas langsung nak sayang kamu!

Alasan : i need some space
Maksud sebenar : i want u to go away from me, please!

Alasan : u pun tau, i nk fokus pada pelajaran/kerja i dulu
Maksud sebenar : i suke org lain lah!

Alasan : i tak nak jd penghalang pada cita2 u
Maksud sebenar : u tu banyak sangat syarat2 nya. U yang sebenarnya yg menghalang kebebasan i!



Erk? Amacam? Ada yang mengena batang hidung tak ? Mungkin korg pernah bg alasan ni pade ex2 kamu? Ataupun pernah terima alasan ini? Ketahuilah...sedikit sebanyak di atas ni la maksud sebenarnya. Kalau betol2 masih mahukan perhubungan itu berlangsung dan berterusan, mengapa perlu alasan? Renung2 kan dan selamat beramal~