Tuesday, July 5, 2011

Tak semuanya indah



Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita. Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan. Sejauh & sedalam mana pun cinta kita kat orang, kalau tak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan. Hihi. sudah, dah terlajak sampai bab kawin lak. Hehe. Seperti kata pepatah, cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta. Dari perspektif lain, ada juga seseorang yang amat menyayangi kita. Sesungguhnya kita amat bertuah kerana ada sekeping hati yang amat mengharap kat kita. Sanggup susah dan senang demi kita. Dan aku telah menemukannya ♥.

Ungkapan cinta berbunyi ‘kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.’ Yupp, setuju sangat dengan ungkapan ni. confirm takde lah nak bercerai - berai.


Cuma kita amat sukar untuk melupakan dia. Aku akui, untuk melupakan seseorang yang disayangi amat sukar. Jika tiada jodoh dengan dia, belajarlah perlahan-lahan untuk melupakannya. Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu. Jika kita benar-benar mencintai seseorang dan ditakdirkan tiada jodoh dengannya, biarkan dia pergi. Ini kerana cinta sejati kita terhadap seseorang ialah kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi. Benarlah kata orang, jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.







Lahai geram terokk kat mungee- mungee ni.

I want my wedding later filled with fresh flowers like roses ♥ hihi