Wednesday, July 6, 2011

Kenapa kau berubah..



Daripada yang percaya boleh bertukar jadi benci dan hilang kepercayaan. Paling teruk bila orang yang kita kenali selama bertahun dalam sekelip mata boleh berubah. Apa perasaan korang kalau dia yang korang sangat sayang dan kenal, berubah tiba2 dalam sekelip mata? Bila cinta dan kepercayaan disandarkan pada dia, kita tak kisah walaupun kita terluka, kita sanggup tahan semuanya dan tunggu dia. Hanya untuk menerima hakikat yang dia dah berubah? Tak macam dulu. Bertahun tahun kita bersama dia tapi..dalam sekelip mata dia berubah? Kasih sayang dia, tingkah dan cintanya juga berubah. Jadi di mana nilai segala kenangan yang bertahun tahun dia bersama kita tu?


Takut sangat bila bayangkan perkara macam ni. Ini juga bermakna dari sekarang kita kena belajar melepaskan. Belajar terima hakikat yang manusia boleh berubah. Kena belajar keraskan hati supaya hati kita tak sakit lagi dan kena belajar jadi ikhlas supaya kita redhakan semuanya. Melepaskan dia demi kebahagiaannya? Boleh ke? Sanggup ke? Senang diucap tapi sangat payah untuk kita tunaikan! Bab hati beb! Jangan main2…

p/s : dan sampai sekarang masih tak ada jawapan…

-----------------------------------------------------------------------------------



Kali ni aku akan mengopek tanda lelaki dah bosan dengan awek dia. Bila dia bosan, kamu (perempuan) mungkin boleh agak apa akan jadi? Ya ya. Kemungkinan besar si dia akan curang!



" Please! Tolong jangan tinggalkan i. "




So sini aku listkan tanda-tanda dia. Kira kalau tanda ni tembak tepat dengan bf kau, senanglah sikit kau nak cari solution sebelum terlambat kan. Ok taknak bebel panjang. Jom terjah jom!

  • Bila date, kau perasan dia dah tak macam dulu
Masa awal-awal kapel, bukan main happy lagi dia dengan kau. Jumpa je kau dia dah tersengih macam kerang busuk. Kalau boleh nak peluk, bagi kiss kat pipi tapi belum kahwin pulak. Sweet gila. Tapi sekarang bila kau dating dengan dia, kau macam keluar dengan kawan, bukan teman istimewa. Senyum pun tak, muka kelat semacam je.

  • Kau tanya 5 soalan, dia jawap dengan 1 perkataan je
Ni bukanlah soalan biasa macam "Sayang sehat? U dah mamam? Baby tengah buat apa je?" Kalau soalan macam tu memang lah guna 1 perkataan je sebagai jawapan. Ni merujuk pada soalan yang memerlukan dia berhujah panjang sikit untuk jawapan. Bila kau tanya dia jawap sepatah diselangi reaksi muka yang jelas nampak kebosanan. Hmm..

  • Makin lama makin jarang dia luangkan masa dengan kau
Dulu kalau boleh tiap-tiap hari nak jumpa. Paling cikai seminggu 3-4 kali. Tu pun pasal bz kalau tak memang tiap-tiap harilah ajak jumpa. Bila tanya dia kata rindu gila kat kau. Tapi sekarang lain. Dia lagi suka habiskan masa main Dota dari jumpa kau. Yup Dota tu dah macam awek dia pulak. Huhuhu

  • Jarang kontek atau boleh kata takde langsung!
Ini paling serius. Aku rasa tak perlu hurai bab ni. The title says it all. Sah sah dah menyampah dengan kau. Shit kan kalau dapat lelaki cm ni. haha. Aku da kene dah! Memang terasa gila babeng. Kenapa dia jadi macam tu? Kenapa dia tak macam dulu? Kenapa dia berubah? Ada 2 kemungkinan kat sini. Kau buat dia bosan atau dia sebenarnya antara mamat kasanova terhandal kat muka bumi ni. Apa-apa pun, kalau betul kau sayang dia, kau kenalah bertindak. Tak boleh harap lelaki mula dulu bila jadi macam ni. Ajak discuss atau apa-apa yang patutlah. Ok? Ala, lupekan je senang. ( sangat sangat payah sebenarnya! ) :'(




p/s : Sampai hati awak lupekan saya :'(