Monday, April 5, 2010

Biarkan sahaja






saya adalah manusia yang tidak sempurna. jadi berhentilah daripada membuat list tentang keburukan rupa dan kekurangan saya. bukan saya tidak mahu menerima hakikat, tetapi hanya membuang masa anda sahaje. lagipun saya tidak kenal anda langsung dan anda pun tidak berapa kenal saya kot. Hanya keluarga dan orang tersayang saje yang mengetahui saya yang sebenarnya. saya hargai niat ikhlas anda untuk menyedarkan saya tetapi tidak perlu lah susah susahkan diri anda sebab saya sentiasa sedar akan kekurangan tersebut. gigih sungguh awak membelek setiap gambar di facebook saya lalu menaip panjang lebar tentang semua keburukan saya. fanatik betul anda kepada saya. adakah saya ini artis yang baru nak naik? haha. kelakar sungguh. adakah kamu mendapat ape ape ganjaran dengan mengutuk makhluk ciptaan Allah ini? yup heran benar saya. Anda nak tau tak, ibu saya cakap anda adalah orang yang " takde keje". Knape tak apply job sebagai paparazi je? dapat la jugak faedah. tak pun jadi juri tetap Akademi Fantasia. Nak? Hehe. Saya sedar saya x secantik anda. hidung tak mancung. mata tak sepet. rambut tak lurus. tak berape nak tinggi. kulit tak gebu mcm anda. ( gebu ke? :P ). tetapi saya masih ada hati dan perasaan untuk menjaga hati orang lain. apetah lagi nak hebohkan keburukan dan kekurangan orang. tak indah langsung perbuatan macam tu. Walaupun saya tak secantik anda, tetapi saya tetap bersyukur kepada Allah kerana diberi anggota yang lengkap. Malah saya bersyukur sangat sangat sebab perangai saya tidak macam awak. Alhamdulillah :)

P/S : kepada anda yang berjantinakan PEREMPUAN, saya tahu anda membaca blog ini kerana sentiasa mengikuti perkembangan artis pujaan anda ini. haha. cari lah kerja-kerja yang bermanfaat sikit. tak banyak sikit pun jadi. kalau bosan sangat, pergilah belajar buat kuih donut ke, buat bubur ayam ke. pastu makan diam-diam. Bahagianya. Terima kasih sebab niat murni anda nak sedarkan kekurangan saya. saya hargai sangat. jasamu akan dikenang. haha. sebagai tanda penghargaan, saya telah mendelete anda daripada senarai kawan di facebook saya. haha. Best kan :)

Saya, NURULHUDA BINTI ISMAIL amat bersyukur dapat mnjadi diri saya sendiri.
So, kalau anda tak suka, lantak anda la.
kesah pulak saya. heh.



muah cket. haha :)